Tips Panduan Penyusuan

read more “Tips Panduan Penyusuan”

Penyusuan Susu Ibu

Salam, hari ini saya ingin berkongsikan berkenaan penyusuan susu ibu.
Sebenarnya penyusuan susu ibu adalah amat digalakan berbanding penyusuan susu formula. Banyak kebaikan jelas dapat dilihat melalui penyusuan susu ibu; kerana ianya mudah dicerna dan berada pada suhu yang bersesuaian setiap masa. Malah penyusuan susu ibu turut mebantu perkembangan si manja.
Selain itu, penyusuan susu ibu turut membantu mempercepatkan pengecutan rahim si ibu kepada bentuk asal. Malah yang lebih penting ianya turut mengelakan risiko barah ovari dan juga payu dara.
Sebenarnya banyak lagi kebaikan lain yang turut boleh kita kongsikan bersama. Anda boleh lakukan pembacaan tambahan melalui laman-laman web lain.
Berikut merupakan sisipan bagi tips penyusuan susu ibu untuk anda semua;


read more “Penyusuan Susu Ibu”

Penjagaan Bayi Yang Baru Dilahirkan

Tip berikut bagi bayi yang baru dilahirkan.


  1. Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang lama untuk mengelakkan kuman/bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.
  2. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk dada.
  3. Selepas mandi lapkan tali pusat bayi hingga kering kemudian disapu dengan ubat yang diberikan doktor.
  4. Kemudian sapukan minyak telon/gamat ke perut, ari-ari , betis, belakang dan tapak kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan mengelakkan dari bayi kembung.
  5. Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas jangan terlalu ketat kerana boleh menyebabkan perut bayi sakit.
  6. Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah kerana ia boleh merengsa atau terjadinya ruam lampin.
  7. Selepas itu, pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam kesejukan.
  8. Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan kuman/bakteria yang terdapat di botol tersebut.
  9. Puting botol susu bayi hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan bayi terkena ulser mulut.
read more “Penjagaan Bayi Yang Baru Dilahirkan”

Langkah Menukar Lampin Bayi

Langkah-langkah berikut perlu di mana ianya amat berkait rapat dengan kesihatan bayi anda. Ramai dikalangan kita yang mengambilmudah berkenaan perkara ini.
  1. Sediakan tempat tertentu untuk memakaikan lampin.
  2. Pastikan semua keperluan mudah diambil dan digunakan. Keperluannya adalah seperti; alas plastik, lampin yang bersih, tuala kecil, kapas atau tisu lembap, bedak bayi(jika perlu), seluar, baju, bekas untuk lampin kotor(misalnya beg plastik) dan pastikan juga ada bekas untuk membuang kotoran(tong sampah bertutup). Kemudian;
  3. Letakkan bayi di atas alas plastik. (Awas! jangan tinggalkan bayi). Tanggalkan lampin kotor dan masukkan ke dalam bekas yang telah disediakan.
  4. Bersihkan semua bahagian yang terkena najis dengan kapas/tisu lembap. Lap dari bahagian pinggang mengarah ke bawah punggung dan bukan sebaliknya.
  5. Untuk bayi yang lebih besar, basuh dengan air bersih.
  6. Lap hingga kering.
  7. Bercakap kepada bayi dan elakkan dari memarahi bayi atau berikan barang permainan yang mudah dipegang seperti kelentong untuk mengalih perhatiannya atau mengelakkan bayi menggeliat.
  8. Pakaikan lampin, seluar dan baju.
Mudah sahaja. Jangan mengambil masa yang terlalu lama. Bayi mungkin akan merasa bosan kerana penumpuannya terhadap sesuatu amat singkat. Anda perlu lakukan dengan cepat dan tepat!
read more “Langkah Menukar Lampin Bayi”

Dilema Bayi Songsang

Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20% ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedududukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggke ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan.

Namun begitu, jika usia kandungan sudah mencapai 36 minggu dan kedudukannya masih songsang (iaitu kedudukan kepada berada di atas) , maka pada waktu itu, barulah dapat diputuskan yang diri anda, kemungkinan besar akan melahirkan bayi songsang.

Berikut merupakan video perkembangan janin di dalam rahim seorang ibu;




1.Cuba mengalihkan kedudukan bayi kepada kedudukan normal

Prosedur ini dipanggil ECV (External Cephalic Version) dan ia boleh dilakukan oleh doktor pakar di hospital. Jika berjaya, si ibu boleh melahirkan anaknya secara normal. Tetapi, jika tidak berjaya dan berlaku komplikasi, si ibu perlu melahirkan bayinya pada waktu itu juga. Sebab itulah prosedur ini hanya boleh dilakukan apabila usia kandungan sudah melebihi usia 36 minggu. Jika tidak dilahirkan pada waktu itu juga, ia boleh membahayakan kesihatan ibu dan anak. Antara risiko komplikasi yang akan dihadapi ialah seperti pendarahan bayi dan juga bayi lemas.

2.Cuba melahirkan bayi songsang secara normal

Untuk melakukan perkara ini, beberapa kriteria perlu dipastikan terlebih sahulu, antaranya,
a. songsang jenis punggung dahulu,bukan kaki
b. berat bayi dianggarkan kurang daripada 3.5kg
c. kedudukan kepala bayi menunduk dan bukan mendongak
d. ruang tulang pelvis ibu tidak sempit
e. ada doktor pakar bagi kelahiran bayi songsang

3.Melahirkan anak secara pembedahan

Jika pada minggu ke-39 kedudukan bayi masih songsang, prosedur pembedahan sudah boleh dirancang. Ini adalah lebih selamat jika hendak dibandingkan dengan pembedahan kecemasan. Oleh itu, anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk melakukan prosedur ini lebih awal, jangan tunggu sampai nak ter"beranak" baru nak berbincang dan buat keputusan..

Jadi sekarang, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Mungkin anda boleh berbincang dengan doktor anda mengenai pilihan manakah yang terbaik untuk melahirkan bayi anda dengan risiko yang paling rendah dengan keadaaan anda.
read more “Dilema Bayi Songsang”

Selawat supaya dipermudahkan saat bersalin

Selain beberapa amalan lain, wanita yang mengandung juga digalakan untuk mengamalkan salawat Syifa; InsyaAllah dipermudahkan di saat melahirkan nanti. Berikut merukan salawat tersebut beserta terjemahannya.







read more “Selawat supaya dipermudahkan saat bersalin”

Surah Untuk Ibu-Ibu Mengandung

Sewaktu mengandung kita digalakan untuk melakukan beberapa amalan; khususnya kepada yang beragama Islam; iaitu dengan amalan memperbanyakan mendengar; apatah lagi membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.



Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

read more “Surah Untuk Ibu-Ibu Mengandung”