Penyusuan susu ibu

Persiapan menyambut insan ketiga di dalam kehidupan sebagai suami isteri merupakan suatu detik yang cukup mengembirakan. Apatah lagi ianya merupakan saat pertama bergelar ibu dan ayah.

Segelintir daripada kita kerap dijengah dengan persoalan susu apa yang terbaik untuk bayi anda, dan kebiasaannya kita akan disyorkan untuk mengutamakan penyusuan susu ibu. Malah kita digalakan untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu sehingga usia bayi tersebut mencecah 6 bulan.

Susu ibu mempunyai kebaikan di mana;

Untuk bayi :

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk maklumat tambahan anda boleh merujuk kepada pautan laman Kementerian Kesihatan

0 comments:

Post a Comment